Perkhidmatan Pendaftaran MyDigital ID
15 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Presint 9 Fasa 10 menyediakan perkhidmatan pendaftaran MyDigital ID bagi memudahkan orang ramai. MyDigital ID adalah inisiatif yang mempermudah proses pengesahan identiti secara digital, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian dengan lebih cepat dan selamat
Untuk memudahkan proses pendaftaran, tablet disediakan di lokasi kami. Pendaftaran di kiosk hanya memerlukan penggunaan kad pengenalan serta pengesahan cap jari. Petugas NADI juga sedia membantu anda sepanjang proses bagi memastikan urusan berjalan lancar
Sila bawa dokumen pengenalan diri yang sah untuk mempercepatkan pendaftaran anda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: